Tisu Kekal

Share this post

Tisu Epidermis

  • Melapisi permukaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda
  • Dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi lapisan kutikel
Lapisan kutikel
  • Merupakan lapisan berlilin dan kalis air yang meliputi dinding sel dermis yang terdedah kepada udara
  • Fungsi
    • Mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan (proses transpirasi)
    • Melindungi daun daripada kecederaan mekanikal
    • Menghalang serangan patogen
  • Terdapat sel-sel epidermis yang diubahsuai mengikut fungsinya. Contoh:
    • Sel pengawal: mengawal bukaan liang stoma
    • Sel rambut akar: meningkatkan luas permukaan akar untuk penyerapan air dan garam mineral

Tisu Asas

(i) Tisu Parenkima

  • Terdiri daripada sel hidup yang paling ringkas dan belum mengalami pembezaan
    • Mempunyai dinding sel yang paling nipis
  • Fungsi-fungsi tisu parenkima
    • Sokongan: tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi sokongan dan mengekalkan bentuk tumbuhan herba
    • Terlibat dalam fotosintesis
    • Terlibat dalam pertukaran gas
    • Membantu penyimpanan kanji dan gula
    • Terlibat dalam baik pulih dan penjanaan semula tisu tumbuhan
    • Terlibat dalam pengangkutan sistem vaskular

(ii) Tisu Kolenkima

  • Terdiri sel hidup dan apabila telah matang akan menjadi sel yang fleksibel
    • Mempunyai dinding sel yang diperbuat daripada pektin dan hemiseluosa
    • Mempunyai dinding sel yang lebih terbal berbanding dengan dinding sel parenkima
  • Fungsi:
    • Memberi sokongan mekanikal dan sifat keanjalan kepada tumbuhan

(iii) Tisu Sklerenkima

  • Terdiri daripada sel-sel yang mati apabila matang
    • Mempunyai dinding sel yang paling tebal antara semua tisu asas
    • Dinding sel diselaputi lignin
  • Fungsi
    • Memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang
    • Membantu dalam pengangkutan air dan nutrien dalam tumbuhan

Tisu Vaskular

(i) Xilem

  • Terdiri daripada sel-sel yang mati
    • Sel tidak mengandungi sitoplasma
    • Mempunyai dinding sel yang diselaputi lignin
  • Terdiri daripada salur xilem yang memanjang, berongga dan bersambungan antara satu dengan lain dari akar ke daun
  • Fungsi
    • Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke semua bahagian tumbuhan

(ii) Floem

  • Terbentuk daripada sel hidup iaitu sel rakan dan tiub tapis
    • Sel mengandungi sitoplasma
    • Tiub tapis
      • Tidak mempunyai organel seperti nukleus dan ribosom kerana mengalami kemerosotan apabila matang
      • Tersusun dari hujung ke hujung floem untuk membentuk struktur tiub yang memanjang dan bersambungan
  • Fungsi
    • Mengangkut bahan organik yang terhasil melalui fotosintesis (seperti gula), dari daun ke organ penyimpanan seperti akar, buah dan umbisi

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page