Larutan saline
- Larutan saline yang digunakan dalam perubatan lazimnya merupakan larutan isotonik terhadap plasma darah. Larutan saline mengandungi 0.9 g natrium klorida per 100 mL (0.9% NaCl)
- Larutan saline mempunyai tekanan osmotik (kepekatan bahan terlarut) yang sama dengan cecair di dalam sel darah merah. Oleh itu, tiada pergerakan bersih air masuk atau keluar dari sel darah merah. Ini dapat mengelakkan sel darah merah daripada krenasi atau hemolisis.
Bayangkan:
Sekiranya larutan saline adalah hipertonik terhadap plasma darah, air akan meresap keluar dari sel darah merah secara osmosis. Sel darah merah akan mengecut dan mengalami krenasi. Sel darah merah yang berubah bentuk tidak dapat menjalankan fungsinya secara normal seperti mengangkut oksigen ke seluruh badan.
Sekiranya larutan saline adalah hypotonik terhadap pasma darah, air akan meresap masuk ke dalam sel darah merah secara osmosis. Sel darah merah akan mengembang lalu meletus (peletusan sel darah merah dikenali sebagai hemolisis)
Minuman penghidratan semula
Minuman isotonik
Osmosis berbalik
Fenomena kelayuan tumbuhan
Leave a Reply