Tisu Epidermis
- Melapisi permukaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda
- Dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi lapisan kutikel
Lapisan kutikel
- Merupakan lapisan berlilin dan kalis air yang meliputi dinding sel dermis yang terdedah kepada udara
- Fungsi
- Mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan (proses transpirasi)
- Melindungi daun daripada kecederaan mekanikal
- Menghalang serangan patogen
- Terdapat sel-sel epidermis yang diubahsuai mengikut fungsinya. Contoh:
- Sel pengawal: mengawal bukaan liang stoma
- Sel rambut akar: meningkatkan luas permukaan akar untuk penyerapan air dan garam mineral
Tisu Asas
(i) Tisu Parenkima
- Terdiri daripada sel hidup yang paling ringkas dan belum mengalami pembezaan
- Mempunyai dinding sel yang paling nipis
- Fungsi-fungsi tisu parenkima
- Sokongan: tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi sokongan dan mengekalkan bentuk tumbuhan herba
- Terlibat dalam fotosintesis
- Terlibat dalam pertukaran gas
- Membantu penyimpanan kanji dan gula
- Terlibat dalam baik pulih dan penjanaan semula tisu tumbuhan
- Terlibat dalam pengangkutan sistem vaskular
(ii) Tisu Kolenkima
- Terdiri sel hidup dan apabila telah matang akan menjadi sel yang fleksibel
- Mempunyai dinding sel yang diperbuat daripada pektin dan hemiseluosa
- Mempunyai dinding sel yang lebih terbal berbanding dengan dinding sel parenkima
- Fungsi:
- Memberi sokongan mekanikal dan sifat keanjalan kepada tumbuhan
(iii) Tisu Sklerenkima
- Terdiri daripada sel-sel yang mati apabila matang
- Mempunyai dinding sel yang paling tebal antara semua tisu asas
- Dinding sel diselaputi lignin
- Fungsi
- Memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang
- Membantu dalam pengangkutan air dan nutrien dalam tumbuhan
Tisu Vaskular
(i) Xilem
- Terdiri daripada sel-sel yang mati
- Sel tidak mengandungi sitoplasma
- Mempunyai dinding sel yang diselaputi lignin
- Terdiri daripada salur xilem yang memanjang, berongga dan bersambungan antara satu dengan lain dari akar ke daun
- Fungsi
- Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke semua bahagian tumbuhan
(ii) Floem
- Terbentuk daripada sel hidup iaitu sel rakan dan tiub tapis
- Sel mengandungi sitoplasma
- Tiub tapis
- Tidak mempunyai organel seperti nukleus dan ribosom kerana mengalami kemerosotan apabila matang
- Tersusun dari hujung ke hujung floem untuk membentuk struktur tiub yang memanjang dan bersambungan
- Fungsi
- Mengangkut bahan organik yang terhasil melalui fotosintesis (seperti gula), dari daun ke organ penyimpanan seperti akar, buah dan umbisi
Leave a Reply