Struktur Dalaman Lamina Daun

Share this post
Modified from H McKenna, CC BY-SA 2.5 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.5>, via Wikimedia Commons

Kutikel

  • Merupakan lapisan berlilin, kalis air dan lut sinar yang melapisi bahagian epidermis atas dan epidermis bawah daun
    • Lut sinar: membenarkan cahaya matahari menembusinya untuk fotosintesis
  • Fungsi
    • Menghalang kehilangan air berlebihan melalui penyejatan (transpirasi)

Epidermis Atas

  • Terletak di permukaan atas daun, dan di bawah kutikel
  • Sel-sel dalam lapisan ini tidak mengandungi kloroplas dan bersifat lut sinar supaya cahaya dapat menembusinya

Mesofil palisad

  • Sel mesofil palisad berbentuk segiempat (kolumnar)
  • Sel mesofil palisad tersusun secara tegak dan padat untuk memperoleh cahaya yang maksimum
  • Sel mesofil palisad mempunyai banyak kloroplas untuk menjalankan fotosintesis

Mesofil berspan

  • Sel mesofil berspan berbentuk tidak sekata untuk menambah luas permukaan dalam bagi pertukaran gas
  • Sel mesofil berspan tersusun longgar dan mempunyai banyak ruang udara di antara sel, bagi memudahkan resapan gas karbon dioksida dan air merentasi daun ke sel-sel mesofil palisad semasa fotosintesis
  • Sel mesofil berspan mengandungi kloroplas yang kurang berbanding dengan sel mesofil palisad

Berkas vaskular

(i) Xilem

  • Fungsi: mengangkut air dan garam mineral yang diserap oleh akar ke daun
  • Dinding tisu xilem yang berlignin dan tebal untuk memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan

(ii) Floem

  • Fungsi: mengangkut bahan organik yang terhasil melalui fotosintesis (seperti gula) dari daun ke organ penyimpanan seperti akar, buah dan umbisi

Epidermis Bawah

  • Terletak di permukaan bawah daun
  • Mempunyai stoma yang terdiri daripada sepasang sel pengawal

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page